Sewaktu anak berusia 13 tahun, bapa membawa anak ke bank yang berteraskan syariah untuk mendafatarkan anak akaun Tabung Haji dan akaun ASB. Selepas itu, bapa, bapa yang ditemani anak diajak bapa untuk pergi bersama-sama mendaftar takaful keluarga dan takaful pendidikan remaja. Hal ini dilakukan kerana jika anak meningggal, bapa boleh menuntut pampasan untuk meneruskan kelangsungan hidup sambil mendoakan anak dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah agar menjadi bekalan anak dari alam kubur menuju ke alam syurga. Bapa berharap Allah mengizinkan bapa berjumpa dengan anak diakhirat nanti sebagai tatapan di kemudian hari menjadi pengubat rindu hubangan bapa dan anak yang sudah sekian lama anak tidak hidup panjang bersama bapa di dunia dahulu.
Manakala tanggungjawab pemimpin Islam yang adil ialah memerintah negara berkonsepkan negara sunnah. Agama rasmi Islam yang tidak mengira pelbagai agama dibantu atas asas perpaduan negara Islam dengan kafir zimmi yang tidak boleh diperangi, Soal kebajikan hak sosial ibu bapa dinaikkan bersumberkan modal kerajaan Islam yang adil dan mengamalkan yang halal. Konsep perdagangan Islam menjadi nadi kemajuan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perdagangan ekonomi yang beroleh dari perniagaan dan promosi gejala sosial tidak sama sekali diamalkan dalam kaedah kemajuan ekonomi negara. Sebaliknya, rakyat dipupuk agar tidak mengedar ganja, menjual arak, membuka hotel yang menjadi transit seks bebas tanpa batasan agama. Hal ini tidak timbul sekiranya kerajaan tidak memberi ruang yang penuh kepada rakyat menjual yang menjerumus kepada kerosakan sosial dan gejala keruntuhan moral. Di samping itu, kerajaan menguatkuasakan akta undang-undang yang mencekuo perniagaan yang bersumberkan hubungan dagang dengan negara zionist.
Teori pendidikan sosial digubal, supaya rakyat terutamanya generasi muda agar didoktrin secara Islam. Subjek dan kursus diadakan oleh kerajaan agar memasukkan pelajaran baru ini supaya rakyat berhati-hati dan tidak jumud selagi dibenarkan Islam. Subjek dan kursus tersebut adalah seperti Sekularisme, Darwinisme, Zionisme, Kristianisasi, Orientalisme, liberalisme, Sosialisme, Anarki, Autokrasi, Monarki, Fasisme, Sekular Humasime, Freemason dan Illuminati serta Komunisme dan Sosialisme.

No comments:
Post a Comment